Selasa, 8 Mac 2011

chocolate moist cake

salam semua dh lama x updated blog..kekangan masa dan x der idea nk berkongsi....sedih member pejabat sorang dh bertukar ofis...kita bilalah pulak...bila stay kt satu pejabat lama sgt boring jgk kan...kene jgk berubah angin..Ahad ptg ada wat blueberry cheese tart 4 set 30pc each utk zana di maphilindo ..tqvm lepasnie boleh ode lagi dan ada lah buat kek tp picture nyer x ambik sbb x brp comel bentuknya rasa insyallah sedap...sedap ker huhuhuhu lepas nie boleh tambah satu lagi produk lagi..insyallah bila keadaan mengizinkan..

Jomlah tgk resepinya...kita ambik dr resepi http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/rich-chocolate-moist-cake-resipi-ini.html

Sumber: Kak Noor Hannah
Bahan-bahannya
170.1gm butter
396.9 gm gula castor
3 biji telur ayam
Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh NESCAFE
1sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste
(kita pakai coffee emulco) lps nie kene ltk chocolate emulco
Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) (guna tepung gandum jer)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
Cara-caranya
1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit
.7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping
Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.
Bahan untuk Icing
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah( aku belasah pakai buter)
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam
Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

terima kasih pada k.noor & diana..mmg sedap kek nyer klu kukus lagi lembut...selamat mencuba semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan