Jumaat, 25 Mac 2011

tempahan pada 25.03.2011

repeat oder dr ida 50 blueberry cistat..masih berseri-seri wajah pengantin baru..
repeat oder dr linda 60pc mini mufin double choc chip..bakal pengantin
oder dr hj aziz 30pc mix cistat.
24.3.11 repeat oder dr nurul jas pahang 30pc bluebbry cistat..

tuvm atas sokongan kalian..

Isnin, 21 Mac 2011

tempahan coklat utk doorgift

alhamdulliah dah selamat menyiapkan 1200biji coklat mix filling & shape utk cik feaza salut aluminium foil utk doorgift kawin nyer pada 26.3.2011 di Skudai Johor..kenalnye pun sbb bakal husbandnyer ex-staff perhilitan pahang En Ikhwan.Moga-moga ikatan perkahwinannyer diberkati ALLAH & cepat2 menimang cahayamata.AMIN

Jumaat, 18 Mac 2011

Homemade coklat






















tempahan2 yang diterima dr kawan pej & member2 hanya picture nie jer yg ada dalam simpan..tq for ur support.

Khamis, 17 Mac 2011

motivasi pagi

assalamualikum...hari ini start ganti puasa ada beberapa hari nk menggantinya.doa2 moga-moga dipermudahkan.AMIN..

pagi nie dengar motivasi kt ikim tentang rahsia mata..tentang teknik2 membaca buku..selama ini klu kita membaca sure buku letak kt bawah dan dibahagian dada..bila membaca kita bermain dgn perasaan tanpa fokus pada apa yg dbaca..teknik yg diberi ialah dengan meletakkan buku disebelah kanan & tinggi sedikit supaya otak sebelah kanan dpt scan & simpan apa yg dibaca..& bila menjawab exam letak kertas soalan di sebelah kiri kita supaya apa yg di simpan pada otak sebelah kanan dpt dikeluarkan .insyallah...

Rabu, 16 Mac 2011

Jom kita memotivasikan diri sendiri

Thabit bin Qurrah berkata:
*Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. *Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkanjiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan). *Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.*
Abdullah bin Mubarak berkata:
*Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa..

sama-samalah kita membersihkan hati dengan membanyakkan berzikir,bersedekah....sentiasa berlapang dada,bersangka baik pada semua orang dan sentiasa memaafkan org lain..dan semtiasa mengucapkan terima kasih pada ALLAH moga-moga kita jadi oarg yg positif ...insyallah ...AMIN moga2 dipermudahkan

Selasa, 8 Mac 2011

chocolate moist cake

salam semua dh lama x updated blog..kekangan masa dan x der idea nk berkongsi....sedih member pejabat sorang dh bertukar ofis...kita bilalah pulak...bila stay kt satu pejabat lama sgt boring jgk kan...kene jgk berubah angin..Ahad ptg ada wat blueberry cheese tart 4 set 30pc each utk zana di maphilindo ..tqvm lepasnie boleh ode lagi dan ada lah buat kek tp picture nyer x ambik sbb x brp comel bentuknya rasa insyallah sedap...sedap ker huhuhuhu lepas nie boleh tambah satu lagi produk lagi..insyallah bila keadaan mengizinkan..

Jomlah tgk resepinya...kita ambik dr resepi http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/rich-chocolate-moist-cake-resipi-ini.html

Sumber: Kak Noor Hannah
Bahan-bahannya
170.1gm butter
396.9 gm gula castor
3 biji telur ayam
Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh NESCAFE
1sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste
(kita pakai coffee emulco) lps nie kene ltk chocolate emulco
Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) (guna tepung gandum jer)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
Cara-caranya
1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit
.7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping
Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.
Bahan untuk Icing
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah( aku belasah pakai buter)
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam
Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

terima kasih pada k.noor & diana..mmg sedap kek nyer klu kukus lagi lembut...selamat mencuba semua

Khamis, 3 Mac 2011

Kata-kata semangat

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

sumber:http://nursyirah.wordpress.com/about/

Pedomanku
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)