Khamis, 20 Oktober 2011

oder sepanjang minggu











repeat oder dari mazlina jas pahang mix cheese tart............terima kasih daun keladi klu teringin nk makan boleh ode lagi :)














oder dr syidah adik ipar ku untuk sepupunya..25 pc utk hantaran 25pc utk makan2












..

Selasa, 11 Oktober 2011

27 minggu

Alhamdulliah dh masuk 27 minggu usia kandunganku..Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku. & berikanlah kekuatan pada diri ku.AMIN..alhamdulliah ada jgk terima oder bluebbery cheese tart dr rakan sepejabat w/pun "M" sgt nk membaking ..syukur dan terima kasih pada mu YA ALLAH...x taulah apa nak tulislah..next time kita berkongsi citer lagi yer :)

Selasa, 26 Julai 2011

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2011 TELAH DITUTUP













SNOW ALMOND


BUTER, SERBUK BADAM, CORNFLAKES DAN DISALUTI DENGAN COKLAT BERLY DAN SERBUK ROTI















CHOC CHIP

BUTER, OAT, COKLAT CHIP, BADAM












SUJI SALJU



BUTER, TEPUNG SUJI, CORNFLAKES



tempahan sepanjang tahun




















terima kasih pada semua yang membuat tempahan...semoga ALLAH merahmati & memberkati rezeki kita semua.AMIN

Jumaat, 15 Julai 2011

Salam jumaat semua

Lama rasanya x update blog ni..untuk makluman sementara waktu nie tempahan untuk coklat di berhentikan sementara kerana memberi peluang kepada proses membuat sample biskut raya dan tempahan cheese tart..insyallah ada rezeki dan kesihatan mengizikan bolehlah sy ambik oder..mohon maaf pada sapa2 yang berminat nk wat tempahan..nnt saya updated biskut sy yg saya bakal wat insyallah 3 jenis jer..

Isnin, 6 Jun 2011

Khamis, 2 Jun 2011

alhamdulliah atas semua rezeki dari MU YA ALLAH







terima kasih YA Allah atas semua kurniaanMu...& terima kasih kepada member-member yg sudi berkongsi rezeki dengan saya..moga2 rezeki kalian akan bertambah & diberkati oleh NYA..AMIN..tempahan diterima dari member2 ofis, staff JAS Pahang,staff Jab Imigresen ..kredit pada Masitah wife En Imizam yg sudi memcari oder kt pejnyer..terima kasih semua ^=^

Jumaat, 8 April 2011

mutiara kata untuk peringatan diri sendiri & sebagai pedoman

"Jika kita menjaga hak2 ALLAH,Nescaya ALLAH akan menjaga hak kita "Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu senang,Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita susah "Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu kita sihat"Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita sakit" Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu TO LOVE SOMEONE IS NOTHING,TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING,TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT....TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!

Isnin, 4 April 2011

tempahan pd 4.4.11


oder dr yani & geng dr JAS pahang...75 pc bluebberry cistat & 25 pc plain cistat..terima kasih byk..harap2 berpuas hati & selamat menjamu selera :)..

Jumaat, 1 April 2011

tempahan

alhamdulliah YA ALLAH atas rezeki yang telah Engkau berikan kepada hambamu yang hina ini..syukur...tempahan diterima dari Jee NZ Wheel: 60 pc mix cheese tart-26.3.11 20 pc mix cheese tart -27.3.11 Fara Maphilindo:30pc blueberry cheese tart-28.3.11 Mas JAS Phg: 100 pc blueberry/strawberry cheese tart-01.04.2011 terima kasih pada kalian semua...moga2 rezeki korang di permudahkan dan bertambah...AMIN..

Jumaat, 25 Mac 2011

tempahan pada 25.03.2011

repeat oder dr ida 50 blueberry cistat..masih berseri-seri wajah pengantin baru..
repeat oder dr linda 60pc mini mufin double choc chip..bakal pengantin
oder dr hj aziz 30pc mix cistat.
24.3.11 repeat oder dr nurul jas pahang 30pc bluebbry cistat..

tuvm atas sokongan kalian..

Isnin, 21 Mac 2011

tempahan coklat utk doorgift

alhamdulliah dah selamat menyiapkan 1200biji coklat mix filling & shape utk cik feaza salut aluminium foil utk doorgift kawin nyer pada 26.3.2011 di Skudai Johor..kenalnye pun sbb bakal husbandnyer ex-staff perhilitan pahang En Ikhwan.Moga-moga ikatan perkahwinannyer diberkati ALLAH & cepat2 menimang cahayamata.AMIN

Jumaat, 18 Mac 2011

Homemade coklat






















tempahan2 yang diterima dr kawan pej & member2 hanya picture nie jer yg ada dalam simpan..tq for ur support.

Khamis, 17 Mac 2011

motivasi pagi

assalamualikum...hari ini start ganti puasa ada beberapa hari nk menggantinya.doa2 moga-moga dipermudahkan.AMIN..

pagi nie dengar motivasi kt ikim tentang rahsia mata..tentang teknik2 membaca buku..selama ini klu kita membaca sure buku letak kt bawah dan dibahagian dada..bila membaca kita bermain dgn perasaan tanpa fokus pada apa yg dbaca..teknik yg diberi ialah dengan meletakkan buku disebelah kanan & tinggi sedikit supaya otak sebelah kanan dpt scan & simpan apa yg dibaca..& bila menjawab exam letak kertas soalan di sebelah kiri kita supaya apa yg di simpan pada otak sebelah kanan dpt dikeluarkan .insyallah...

Rabu, 16 Mac 2011

Jom kita memotivasikan diri sendiri

Thabit bin Qurrah berkata:
*Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. *Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkanjiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan). *Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.*
Abdullah bin Mubarak berkata:
*Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa..

sama-samalah kita membersihkan hati dengan membanyakkan berzikir,bersedekah....sentiasa berlapang dada,bersangka baik pada semua orang dan sentiasa memaafkan org lain..dan semtiasa mengucapkan terima kasih pada ALLAH moga-moga kita jadi oarg yg positif ...insyallah ...AMIN moga2 dipermudahkan

Selasa, 8 Mac 2011

chocolate moist cake

salam semua dh lama x updated blog..kekangan masa dan x der idea nk berkongsi....sedih member pejabat sorang dh bertukar ofis...kita bilalah pulak...bila stay kt satu pejabat lama sgt boring jgk kan...kene jgk berubah angin..Ahad ptg ada wat blueberry cheese tart 4 set 30pc each utk zana di maphilindo ..tqvm lepasnie boleh ode lagi dan ada lah buat kek tp picture nyer x ambik sbb x brp comel bentuknya rasa insyallah sedap...sedap ker huhuhuhu lepas nie boleh tambah satu lagi produk lagi..insyallah bila keadaan mengizinkan..

Jomlah tgk resepinya...kita ambik dr resepi http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/rich-chocolate-moist-cake-resipi-ini.html

Sumber: Kak Noor Hannah
Bahan-bahannya
170.1gm butter
396.9 gm gula castor
3 biji telur ayam
Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh NESCAFE
1sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste
(kita pakai coffee emulco) lps nie kene ltk chocolate emulco
Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) (guna tepung gandum jer)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais
Cara-caranya
1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit
.7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping
Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.
Bahan untuk Icing
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah( aku belasah pakai buter)
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam
Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

terima kasih pada k.noor & diana..mmg sedap kek nyer klu kukus lagi lembut...selamat mencuba semua

Khamis, 3 Mac 2011

Kata-kata semangat

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

sumber:http://nursyirah.wordpress.com/about/

Pedomanku
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Isnin, 28 Februari 2011

Khamis, 17 Februari 2011

Produk dari K'Mas Homemade

1st produk..Tart (pelbagai jenis)





(Blueberry/Strawberry/Plain cheese tart:)
Fruit Tart




2nd produk…








Mini Muffin
( Chocolate Chip, Vanila Choc Rice, Pandan, Oren ,Marble Chop Chip)



UNTUK HARI RAYA SAHAJA
3rd produk




Snow almond cookies

Homemade coklat

Rabu, 9 Februari 2011

PENGUMUMAN KINI TELAH DIBUKA TEMPAHAN UNTUK MINI MUFFIN

jika anda merancang membuat kenduri pada bulan Mac dan ke atas, dan sedang mencari-cari cenderamata kahwin @ doorgift untuk tetamu, .Sudi-sudilah jd follower blog dan sekirannya berminat bolelah oder ye :)

Perasa Muffin Yang Dijual
1. Coklat (Warna - Koko)
2. Pandan (Warna - Hijau)
3.Vanilla campur coklat rice (Warna - Kuning)
4. Oren (Warna - Oren)
5.marble coklat chip

Harga :RM 15/ 60-70 biji - mix flavor


Syukur atas rezeki kurniaan MU




Alhamdulliah dengan rezeki yang engkau limpahi...dalam aku kegawatan Engkau limpahkan aku rezeki..syukur atas kurniaanMU Ya ALLAH...trima kasih pada kawan2 yg sudi menempah...moga2 korang dimurahkan rezeki..
Sesiapa yang berminat bolehlah oder ...Harga nyer cuma RM9.00..pasti berbaloi2

Rabu, 12 Januari 2011

SALAM TAHUN BARU 2011

Dah lama x update blog bersawang jer rasa..sibuk ngan penutupan akaun 2010...alhamdulliah semua settle ontime.Alhamdulliah masih menerima tempahan cheese tarts dr ofismate..Tq pada semua yg jadi pakar rujuk.dan yg sudi mendengar luahan hati aku..Tq 4 ur support..byk yg aku fikirkan utk kembangkan bisness aku..mcm2 aku nk wat tp kadang2 bila penyakit MALAS dtg aku x daya nk tolak..hehehehhe
YA ALLAH berikanlah aku kekuatan,semangat utk aku menambah rezeki keluarga kami.Mohon dipermudahkan segala-galaNYA.